Salah Faham Tentang Hibah Takaful

Kali ni nak kongsi tentang beberapa salah faham tentang hibah Takaful yang sering berlaku. Semoga kita dapat memahami dan perbaiki stigma negatif pasal hibah takaful.

#1 Salah faham tentang hibah takaful :

Hibah untuk ahli keluarga sahaja?

Ramai bersangka macam ni, sebenarnya tidak betul.Pemberian hibah tidak terhad kepada ahli keluarga sahaja.

Ini antara salah faham tentang hibah takaful yang terbesar.

Pemberian hibah takaful ini boleh diberikan kepada penerima tertentu samada ahli keluarga atau bukan , atas niat kasih sayang dan tidak mengharapkan balasan.

Berbalik kepada syarat sah hibah takaful : Pemberi, penerima,Harta (wang) dan Ijab Kabul.

Pemberian hibah boleh diberikan kepada penerima tertentu samada ahli keluarga atau bukan (termasuklah anak angkat, sahabat karib, jiran yang banyak berjasa) atas dasar kasih sayang kita.

Juga, bagi yang mualaf dan saudara Islam yang baharu, hibah atau wasiat adalah solusi terbaik buat anda yang ingin mewariskan harta kepada ahli keluarga terdekat.

Jadi, kesimpulannya peserta takaful boleh menamakan sesiapa sahaja untuk menerima manfaat takaful anda sebagai Wasi atau Benefisiari (details di ruang Home) di bawah hibah bersyarat semasa permohonan atau selepas sijil takaful dikeluarkan kepada anda. 

Jika keadaan memerlukan, anda juga boleh menukar nama penerima atau penama pada bila-bila masa sepanjang tempoh sijil selagi anda masih hidup.

salah faham tentang hibah takaful

#2 Salah faham tentang hibah takaful:

Hibah tiada kaitan/menolak faraid?

Bila sudah ada hibah, tak perlu fikirkan faraid?Ini antara salah faham tentang hibah takaful yang biasa.

Sebenarnya memang apabila hibah dilaksanakan, ia sudah terkeluar daripada harta pusaka maka tidak ada lagi urusan faraid di situ. 

Tujuan hibah adalah membantu belah isteri dan ahli keluarga perempuan sebab mereka akan dapat bahagian yang kecil kalau ikut faraid bila pembahagian harta.

Hibah takaful boleh memastikan waris atau keluarga yang ditinggalkan tidak akan menghadapi masalah terutamanya berkaitan kewangan.

Selain itu, hibah bantu mengelakkan pertelingkahan semasa keluarga semasa urusan pembahagian harta pusaka dilakukan.

Oleh sebab itu, hibah ibarat seperti satu instrumen yang digalakkan bagi membolehkan anda melakukan perancangan kewangan  dengan baik. 

Boleh tengok lagi details di ruang Home untuk ketahui siapa yang lebih memerlukan hibah takaful.

salah faham tentang hibah takaful

#3 Salah faham tentang hibah takaful :

Hibah adalah produk takaful?

Ramai yang salah faham tentang hibah takaful adalah tak dapat bezakan hibah dengan takaful.

Takaful adalah sejenis produk perlindungan manakala hibah adalah kaedah bagaimana pembahagian pampasan itu dilakukan.

Anda juga perlu memahami bahawa proses hibah ini hanya boleh dilakukan kepada penama/penerima jika berlaku kematian atau lumpuh cacat kekal. 

Ya, bukan hanya dapat pampasan untuk kematian sahaja, tetapi jika berlaku sesuatu hingga menyebabkan pemilik hibah takaful tersebut hilang keupayaan untuk bekerja lagi (cacat kekal) pun boleh tuntut pampasan.

Semoga penjelasan ni dapat hilangkan salah faham tentang hibah takaful.

medical card terbaik malaysia

#4 (Bonus) Salah faham tentang hibah takaful:

Hibah takaful hanya untuk orang beragama Islam?

Ramai sering menganggap takaful hanya untuk orang Islam. Jadi persoalannya, bolehkah masyarakat bukan Islam menyertai takaful?

Walaupun Takaful sering dikaitkan dengan kewangan Islam, ia bukan sahaja terhad kepada orang Islam.Ini adalah satu salah faham yang besar di Malaysia!

Tak kira apa agama, boleh mohon hibah takaful sebab Islamic Financial yang digunakan dalam takaful lebih adil,telus dan dipercayai.

Ini termasuk Prudential BSN yang mengalakkan masyarakat berbilang kaum dan agama untuk ambil hibah takaful sebagai perlindungan kewangan anda.

Selain itu, ada yang berpendapat Takaful lebih mahal daripada insurans konvensional. 

Sebenarnya, Takaful boleh menjadi lebih kos efektif berbanding insurans konvensional, kerana ia berdasarkan prinsip kerjasama dan perkongsian risiko, yang boleh membawa kepada kos yang lebih rendah untuk peserta individu.

people, multiracial, diverse-5532331.jpg

Sudah lebih faham dan sedia untuk memohon?

Hibah takaful sangat penting sebab kita tidak tahu masa depan,khususnya keadaan masa depan anak isteri kita jika berlaku sesuatu kepada kita. Semoga blog ni membatu uraikan salah faham tentang hibah takaful selama ni. Boleh je jika anda bermula caruman yang rendah (pakej basic).Yang penting anda telah buat keputusan yang tepat untuk bermula sekarang sebelum terlambat. Jika anda berkemampuan dari segi kewangan, anda harus pertimbangkan hibah takaful. Sekurang-kurangnya, anda tahu bahawa keluarga anda akan selamat dan dapat meneruskan kehidupan mereka tanpa anda.

Kisah hibah takaful

Kisah RM55 Yang Membazir? Beberapa minggu lepas, isteri rakan Onira menentang pembaziran RM55 sebulan yang suami/rakan baik Onira hendak lakukan : beli hibah takaful utk anak - anak yang masih di tadika. Ketara yang isterinya masih ada salah faham tentang hibah takaful di sini. Isterinya yang bekerja di pejabat swasta berfikiran medical card sudah memadai bagi anak-anak comelnya. Masa presentation di restoran mamak tu Onira kata "Saya kongsi set pampasan 200 ribu tu bukan untuk Nina dan Nisa tapi untuk Puan sebenarnya. Puan tak nak 200 ribu ?" Terbeliak biji mata dan melopong mulut isteri kawan Onira tu. Berkerut dahi, besar kemungkinan kerana telah salah faham tentang hibah takaful.

"Andainya anak Puan kena Menigtitis Bakteria atau Ensefalitis hingga lumpuh, jadi Anemia atau kegagalan hati peringkat akhir Puan nak jaga di hospital / rumah atau nak biarkan nurse / bibik je jaga ?" Pantas sahaja dia menjawab yang dia yg akan jaga. "Puan yakin majikan berlapang dada Puan kerap cuti atau ambil cuti panjang untuk jaga anak yang sakit ?" Tunduk dan geleng kepala. Mungkin mengenang situasi di syarikat multinasionalnya. 200 ribu tu untuk Puan cuti tanpa gaji atau berhenti je kerja dan tumpukan pada anak yang diuji sakit. Perbelanjaan Puan dan rawatan alternatif anak gunakan 200 ribu tulah. Saya dah kira utk 40 bulan gaji Puan tu"

"Sudah jelas ke? Atau masih ada salah faham tentang hibah takaful?",Onira tanya lagi sambil tersenyum. Eh eh, saya tak pernah terfikir pun macam ni. SIGN BANG ! Bak sinilah ayang sign! RM55 je sebulan ,apa ada hal!

“I am not going to bury my son. My son is going to bury me.”
John Q (Denzel Washington)