Risau tiada tabung kecemasan untuk tutup tunggakan hutang jika berlaku kematian?

Risau andai hutang-hutang tertunggak terpaksa ditanggung oleh pasangan dan anak-anak bila anda mati ?

Ketahui cara mudah untuk hilangkan semua kerisauan dan dapatkan ketenangan minda dengan takaful!

Apa itu Takaful?

apa itu takaful

Ia berasaskan kerjasama untuk memberi perlindungan/manfaat dengan pencarum yang lain. Ia berdasarkan prinsip kerjasama dan tolong-menolong. 

Perkataan “Takaful berasal daripada perkataan Arab ” yang bermaksud “Jaminan Bersama”,

Apa itu pula Hibah Takaful?

Hibah takaful atau hibah bersyarat digunakan oleh syarikat takaful untuk kaedah pembayaran tuntutan wang pampasan takaful apabila pemilik takaful meninggal dunia.

Siapa yang perlukan hibah takaful?

Pasangan yang tiada anak

Kalau ikut sistem Faraid,

isteri hanya berhak menerima 1/4 dari harta pusaka si mati.

Baki 3/4 harta si mati akan diberikan kepada waris-waris yang lain (utamakan lelaki dahulu)

Pasangan yang ada anak perempuan sahaja

Pembahagian Faraid adalah lebih utamakan bahagian lelaki dan keturunannya.

Jika tiada waris lelaki langsung, harta diberikan kepada Baitulmal untuk diagihkan 

(tanpa nisbah yang tetap) 

Masalah yang sering timbul bila anak-anak perempuan ini masih kecil dan isteri yang lebih memerlukan tidak dapat hak harta yang diharapkan.

 

Pasangan yang banyak komitmen untuk ditanggung

Apabila seseorang meninggal dunia, segala hutang piutang perlu dijelaskan oleh waris.

Waris dapat menggunakan sumber tersebut untuk menjelaskan hutang si mati dan gunakan untuk teruskan hidup sara anak-anak.

Pasangan yang nak bahagikan harta kepada sesiapa yang diingini

Boleh diberikan kepada sesiapa sahaja termasuk ibu ayah, nenek atuk ,mahupun bukan waris 

(contoh kawan karib)

Juga boleh digunakan untuk sedekah jariah kepada anak-anak yatim atau kepada masjid.

Sekiranya anda berada dalam situasi di atas, anda berada di tempat yang betul. Sila teruskan bacaaan anda.

Masih ramai yang salah faham tentang hibah takaful. Jom pelajari salah faham masyarakat Malaysia selama ini tentang hibah takaful.

Salah faham tentang hibah takaful

#1 Hibah untuk ahli keluarga sahaja?

Ramai bersangka macam ni, sebenarnya tidak betul.Pemberian hibah tidak terhad kepada ahli keluarga sahaja.

Ini antara salah faham tentang hibah takaful yang terbesar.

Pemberian hibah takaful ini boleh diberikan kepada penerima tertentu samada ahli keluarga atau bukan , atas niat kasih sayang dan tidak mengharapkan balasan.

Berbalik kepada syarat sah hibah takaful : Pemberi, penerima,Harta (wang) dan Ijab Kabul.

Pemberian hibah boleh diberikan kepada penerima tertentu samada ahli keluarga atau bukan (termasuklah anak angkat, sahabat karib, jiran yang banyak berjasa) atas dasar kasih sayang kita, juga kepada saudara bukan muslim.

salah faham tentang hibah takaful

#2 Hibah tiada kaitan/menolak faraid?

Bila sudah ada hibah, tak perlu fikirkan faraid?Ini antara salah faham tentang hibah takaful yang biasa.

Sebenarnya memang apabila hibah dilaksanakan, ia sudah terkeluar daripada harta pusaka maka tidak ada lagi urusan faraid di situ. 

Tujuan hibah adalah membantu belah isteri dan ahli keluarga perempuan sebab mereka akan dapat bahagian yang kecil kalau ikut faraid bila pembahagian harta.

Selain itu, hibah bantu mengelakkan pertelingkahan semasa keluarga semasa urusan pembahagian harta pusaka dilakukan.

Oleh sebab itu, hibah ibarat seperti satu instrumen yang digalakkan bagi membolehkan anda melakukan perancangan kewangan  dengan baik. 

Hibah takaful boleh memastikan waris atau keluarga yang ditinggalkan tidak alami masalah kewangan.

salah faham tentang hibah takaful

#3 Hibah adalah produk takaful?

Ramai yang salah faham tentang hibah takaful adalah tak dapat bezakan hibah dengan takaful.

Takaful adalah sejenis produk perlindungan manakala hibah adalah kaedah bagaimana pembahagian pampasan itu dilakukan.

Anda juga perlu memahami bahawa proses hibah ini hanya boleh dilakukan kepada penama/penerima jika berlaku kematian atau lumpuh cacat kekal. 

medical card terbaik malaysia

#4 Hibah takaful hanya untuk orang beragama Islam?

Ramai sering menganggap takaful hanya untuk orang Islam. Jadi persoalannya, bolehkah masyarakat bukan Islam menyertai takaful?

Walaupun Takaful sering dikaitkan dengan kewangan Islam, ia bukan sahaja terhad kepada orang Islam.Ini adalah satu salah faham yang besar di Malaysia!

Tak kira apa agama, boleh mohon hibah takaful sebab Islamic Financial yang digunakan dalam takaful lebih adil,telus dan dipercayai.

people, multiracial, diverse-5532331.jpg
hibah takaful onira

Lengkapkan tanggungjawab kepada keluarga dengan hibah takaful!

Ramai yang dah ambil tindakan dengan hubungi Onira minta bantu mereka kira polisi hibah takaful yang sesuai untuk hilangkan kerisauan,keresahan yang menghantui mereka selama ini

Memang masalah biasa Onira akan dengar adalah pasal kos sara kehidupan yang makin tinggi dan kesukaran membina harta untuk diwariskan kepada anak cucu. InshaAllah, hibah boleh bantu hilangkan stress anda tu.

Apa beza Onira dengan ejen hibah takaful
yang lain?

  1. Sudah terlalu ramai ejen hibah takaful di luar sana, tapi..

  2. Apa yang Onira tawarkan adalah berbeza dengan ejen-ejen hibah lain di luar sana sebab Onira ingin menjadi penyelamat ataupun “White Knight” bukan kepada anda sahaja, malah kepada orang yang anda sayang (khususnya keluarga), jika berlaku apa-apa kepada diri anda.
  3. Onira tau memang ada banyak iklan,promosi di media social mahupun di luar rumah kita yang menawarkan pakej hibah (ataupun life insurance/income protection) dari pelbagai Syarikat tapi mereka sendiri tak ambil hibah tertsebut!Kebanyakan mereka hanyalah menjual produk/servis untuk sales dan share ikut teori sahaja.
  4. Apa yang Oni tawarkan adalah kualiti servis yang terbaik sebab Onira sendiri amalkan hibah sebab pernah lalui fasa-fasa yang amat mencabar dalam kehidupan ni,khususunya dari sudut kewangan.
hibah takaful onira
hibah takaful onira

Impian anda adalah harapan Onira!

Harapan Onira di sini adalah untuk memastikan anda mendapat ketenangan mental,emosi dan dapat penuhkan tanggungjawab kepada pasangan,anak cucu dengan sediakan jaminan kesenangan hidup untuk satu tempoh yang panjang,sewaktu masih sihat TANPA mengeluarkan modal yang besar.

Hanya dengan memahami konsep dan tujuan hibah sahaja akan membuatkan anda tau betapa pentinganya perlindungan hibah.

Hibah bukan tolak atau nafikan Faraid, jangan salah faham.

Hibah adalah salah satu instrumen yang disyariatkan bagi membantu umat Islam merancang dan mengurus harta mereka dengan sistematik ketika masih hidup. Sementara faraid hanya akan terpakai membabaitkan agihan harta kepada individu yang berhak selepas berlaku kematian.

nak kerja singapore
hibah takaful onira
beza takaful dan insurans

Semakin ramai rakyat Malaysia sedar pentingnya dapatkan perlindungan hibah sebelum terlambat, kenapa anda masih belum?

"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta.."

-Hadis Riwayat Al Bukhari

Soalan lazim tentang hibah

Berikut adalah antara soalan yang Onira terima,disertakan jawapan untuk penjelasan

Wasiat dilaksanakan selepas anda mati, hibah dilaksanakan semasa hidup.

Ikut keadaan anda. Buat hibah jika ada anak perempuan sahaja, ada anak perempuan yang sedikit berbanding anak lelaki, tiada waris ashabul furud (waris yang dekat) atau ada anak yang ingin diberikan harta secara sama rata pada masa hidup. Boleh rujuk di page home untuk pencerahan lagi.

Hibah takaful perlu dibayar selama mana anda memerlukan perlindungan ini. Hibah perlu dikekalkan jika anda ada anak anak masih kecil, hutang rumah/kereta belum langsai, bantuan pada ibubapa masih perlu, dan pelbagai komitmen yang anda masih pikul. Andai anda sudah bebas daripada semua komitmen tersebut, anda boleh “surrender” hibah takaful dan ambil apa apa simpanan dalam plan ini.

Boleh, penerima hibah takaful boleh ditukar  pada bila bila masa sahaja, sebelum berlaku kematian pada pemegang sijil hibah takaful tersebut.

Wasi takaful adalah pemegang amanah sahaja. Bila berlaku kematian, wasi takaful akan menerima bayaran pampasan takaful dan beliau perlu bahagikan wang itu mengikut pecahan faraid (selaku pemegang amanah)

Hibah takaful adalah hadiah, dan tidak perlu dibahagi mengikut faraid.

Tanya diri anda!

Soalannya, betul ke anda perlukan hibah?

Pakej hibah yang Onira nak tawarkan ni adalah khususnya kepada mereka yang banyak tanggungan, banyak hutang dan kepada mereka yang sendiri rasa tak akan boleh jelaskan beban kewangan yang ada dalam tempoh terdekat.

Ini juga terbuka untuk mereka yang tengah cari peluang simpanan/pelaburan untuk kegunaan masa depan berbekalkan kemampuan/bajet anda sendiri.

medical card singapore

Izinkan Onira Sarif bantu anda

Pelan hibah takaful

Siapa Onira Sarif?

Onira Sarif ialah ejen takaful yang anda dapatkan

“peace of mind” jika berlaku kemalangan. Onira Sarif berbeza daripada ejen yang lain kerana servis Onira pantas walaupun di mana anda berada!

Pelan Hibah Takaful
THE BEST & Berbaloi Tahun 2024

Ada 2 pilihan takaful hibah oleh Prudential BSN yang sangat berbaloi.

 

 

Pelan hibah takaful ini pula lebih kepada Mampu Milik dengan menawarkan perlindungan hingga ke RM300,000 mengikut bajet anda, bermula serendah RM50 sebulan.

*Ikut terma & syarat

 

 

Pelan hibah takaful ini menawarkan perlindungan asas RM350,000 dan disertakan dengan pampasan kemalangan berganda secara automatik.

*Ikut terma & syarat

KHAS untuk WARISAN GOLD sahaja:

Pampasan kematian berganda untuk sakit biasa atau lumpuh kekal
(setiap 5 tahun!)

🔹Tahun 1 – 5 = naik 2.5%
🔹Tahun 6 – 10 = nak 5%
🔹Tahun 11 – 15 = naik 7.5%
🔹Tahun 16 – 20 = naik 10%
🔹Tahun 21 – 25 = naik 12.5%
🔹Tahun 26 – 30 = naik 15%

Pampasan 5X berganda jika berlaku kemalangan

hibah takaful onira

*PAMPASAN TERBARU bermula tahun 2024:

RM2,500,000 Kematian akibat bencana alam

takaful singapore

Siapa Prudential BSN Takaful?

Dapatkan perlindungan oleh Prudential BSN Takaful, syarikat takaful terbaik di Malaysia!

Selama enam tahun berturut-turut sejak 2011, PruBSN menjadi Pengendali Takaful Keuarga Nombor 1

Pada tahun 2015, ia memenangi pelbagai anugerah termasuk ‘Institusi Takaful Terbaik’ oleh The Asset.

Rancang dengan baik 3 perkara ini sebelum pilih pelan takaful

Nak berapa jumlah pampasan

  • Setiap keluarga mempunyai keperluan berbeza dan juga pendapatan yang dimiliki juga adalah berbeza.
  • Paling baik adalah rancang untuk pastikan waris dapat teruskan kehidupan untuk 10 tahun lepas berlaku kejadian
  • Formula mudah : Pendapatan tahunan x 10 tahun

Berapakah kemampuan anda

  • Fahami bajet kewangan anda untuk takaful.
  • Jangan jadikan caruman bulanan ini sebagai satu bebanan kehidupan walaupun tujuannya patut sebaliknya.
  • Formula mudah : Jangan lebih 10% daripada gaji bulanan untuk takaful

Bincang secara jujur dan telus

  • Minta kongsi segala ‘medical history’ atau rekod dengan syarikat takaful sebelum n (jika ada) supaya tidak berlaku gangguan atau tolakan semasa mohon polisi atau tuntut pampasan nanti.
  • Pilihlah servis yang berkualiti dan bukan tawaran takaful semata-mata.
  • Bukan pilih caruman yang murah je, tapi  juga polisi yang jujur.

Proses mohon pelan hibah takaful

Beri nama, tarikh lahir,pekerjaan

Ini adalah basic info sewaktu permohonan

Kongsi sejarah medikal atau penyakit sekarang

Info ini sangat penting jika ada

Bincang caruman ikut bajet

Kiraan oleh ejen boleh diubah suai ikut keadaan kewangan semasa anda

Aktifkan polisi

Lepas anda bersetuju dengan kiraan dan tawaran oleh kami, polisi hibah akan diaktifkan segera

Bagi penama

Anda boleh sediakan maximum 10 nama sebagai penerima hibah (penama)

BONUS info :

Syarat PEMBERI hibah takaful

Penting untuk fahami syarat sebelum nak beri hibah kepada sesiapa

Syaratnya,

Syarat PENERIMA hibah takaful

Fahami syarat sebelum terima hibah daripada sesiapa

Syaratnya,

hibah takaful terbaik

Kesimpulannya,

Nak buat hibah, tak mestinya 1 juta, tak semestinya 500 ribu. Buat RM100 ribu dulu pun boleh.

Nak buat hibah tak semestinya bayar RM300 sebulan, tak semestinya bayar RM100 sebulan. Ambil yang RM50 sebulan pun boleh.

Yang penting, kita mula buat hibah. Sikit boleh ditambah kemudian.

Setiap bulan, setiap tahun umur kita bertambah. Semakin berumur, semakin mudah kita dapat sakit.

Sudah terlambat untuk buat hibah bila kita sudah berpenyakit. 
Ambil hibah supaya pasangan dan anak-anak kita tak mengemis dan meminta sedekah atau sumbangan orang lain untuk tutup hutang-hutang kita yang tertunggak.

Mohon sekarang dan dapatkan diskaun RM50 untuk dua bulan pertama polisi anda hari ni!

takaful singapore