Siapa Onira Sarif?

Takaful advisor dengan 10 tahun pengalaman dalam bidang perkhidmatan!

Sepanjang 10 tahun ni, Onira telah berjumpa banyak market leaders & belajar banyak cara serta teknik untuk bina ‘personal touch’ dengan clients & bakal clients supaya dapat bina kepercayaan pada servis Onira yang Ikhlas dan telus sebagai ejen hibah takaful.

Berbekalkan pengalaman yang banyak, Onira telah capai kejayaan untuk berada dalam group champion agency Prudential BSN selama 3 bulan berturut-turut tahun ni.Onira telah ambil langkah untuk bertemu bakal client yang hubungi Onira secara offline mahupun online. Baru-baru ni, Onira telah terpilih untuk join exclusive event khas iaitu Final Sprinter 2023 di Penang , yang mana meraikan juara-juara tempatan (ejen Syarikat Prudential sahaja). Bangga betul  dan tak sangka boleh bina career sebagai ejen hibah takaful, syukur alhamdulillah!

takaful singapore

Pengiktirafan tahun 2023!

ejen hibah takaful onira

Top 5 Wealth Planner July 2023

No 5 dalam team ejen hibah takaful pada July 2023

ejen hibah takaful onira

Top 5 Wealth Planner Aug 2023

No 2 dalam team ejen hibah takaful pada Aug 2023

ejen hibah takaful onira

Top 10 Group MG Aug 2023

No 5 keseluruhan dalam group Muqmeen Group (ejen hibah takaful) bulan Aug 2023

Asalnya Onira ni macam mana orangnya?

Dahulu, Onira adalah seorang yang introvert,pemalu dan tidak ambil tau pasal kepentingan urus kewangan dengan betul.Tidak pernah terfikir boleh jadi ejen hibah takaful tau!

 

Onira dibesarkan oleh dua orang kakitangan kerajaan ( Arwah papa adalah bekas guru, mama pulak adalah bekas jururwat hospital kerajaan). Onira sendiri tak didedahkan dengan cara urus duit dengan betul dan sebab kan itu alami kegagalan dalam hidup. Daripada seorang bekas pelajar di MRSM Jasin terkenal dan menjadi seorang anak tempatan graduan Jepun terawal bina kerjaya di Singapore, hinggalah menjadi seorang yang terbeban banyak hutang bertahun-tahun, sehingga terpaksa meminta pertolongan AKPK untuk stabilkan kembali urusan kewangan di dalam rumah.

Semua ini terjadi bila Onira mengalami slip disc di belakang dan leher sewaktu giat bekerja sebagai servis engineer di Singapore dulu. Kerja yang perlukan ketahanan fizikal dan mental  yang Panjang buatkan badan Onira stress dan tak boleh terima lagi. Selama 2 kali, Onira ulang, 2 kali Onira terpaksa admit di hospital untuk betulkan balik tulang belakang dan leher. Terima kasih kepada takaful PrudentialBSN  yang melindungi Onira semasa tu.Namun, Onira tidak lagi boleh teruskan kerjaya tu lagi dan memilih buat customer servis di pelbagai syarikat di Singapore & Malaysia

Service Engineer di Singapore

ejen hibah takaful onira

Berkahwin tahun 2017 dan dikurniakan sepasang anak

hibah

Akibatnya?

Sejak daripada insiden itu, Onira rasa betapa pentingnya perlindungan takaful/insurance ni andai kata apa-apa berlaku kepada diri kita. Hal ni menjadi lebih ketara lepas Onira berkahwin dan dikurniakan sepasang putera puteri. Semestinya struktur urus kewangan jadi lebih mencabar lepas kahwin, lagi-lagi bila kos kehidupan yang tinggi dan tiada peluang buat simpanan masa depan sebab duit asyik habis je!

Banyak gagal sebelum jadi takaful advisor

Sewaktu kehidupan sangat struggle dahulu, Onira telah cuba berniaga macam-macam. Daripada seorang founder frozen food hinggalah menjadi ejen produk orang lain. Tidak mudah! Lagi-lagi bila datangnya Covid19 tahun 2019 yang membuatkan peluang cari rezeki tersepit sebab banyak aktiviti terpaksa dihentikan dan stok-stok lama tersimpan jadi rosak.

.

ejen hibah takaful onira

Hinggalah pada tahun 2022, Onira ambil keputusan untuk menghubungi seorang sahabat lama yang sama-sama graduan di Jepun dulu iaitu Norman (Unit Manager 2 di Muqmeen Group Alor Star sekarang). Lucunya, dulu Onira lah antara orang yang ketawakan Norman bila dia pilih berhenti kerja dan menjadi ejen takaful sepenuh masa sebab rasa dia telah sia-siakan apa dia belajar di Jepun dulu. 

 

Namun, Onira silap di situ sebab zaman sekarang ni susah nak bina career dengan hanya bergantung pada latar belakang yang ada. Kita kena berani explore dan mencuba. Sekarang, Norman dah berjaya bina kewangan yang sihat bermula dari seorang ejen Takaful .

Tapi Onira yang dulu megah sebab berjaya bina kerjaya di Singapore ni, baru je nak mengambil langkah yang sama seperti Norman. Sekarang Onira telah bina career sebagai ejen takaful dan bina legasi bersama Prudential BSN yang pernah menyelamatkan hidup Onira dahulu.

Introducer : Norman

beza takaful dan insurans

Semuanya bermula bila Onira ambil langkah berani untuk hubungi Norman untuk ceburi industri ini.Doakan Onira berjaya sebagai ejen hibah takaful.

Amazing team support

ejen hibah takaful

Ini adalah team ejen hibah takaful yang sentiasa ada untuk bantu selesaikan kerisauan client

ejen hibah takaful

Diiktiraf top agent tahun 2023 oleh Agency Manager MGAS

ejen hibah takaful
ejen hibah takaful

"Turning point in life"!

Nasib baik Norman tidak mengambil hati sebab diketawakan Onira dulu dan sudi bimbing Onira hingga sekarang. Kejayaan-kejayaan yang tercapai sekarangsebagai ejen hibah takaful tak mungkin berlaku tanpa bantuan Norman.

Bila kita rasa selesa, masa tu lah kita kena tengok balik kewangan kita supaya tidak terlepas pandang. Banyak issue pasal harta pusaka dan tidak sepakat waktu pembahagian harta menyebabkan isteri anak-anak kita akan menunggu lama,mungkin makan tahun. Secara umumnya hibah takaful adalah cara yang memudahkan proses pembahagian harta apabila sesuatu berlaku kepada diri kita kerana ia dilakukan ketika masih hidup. 

Rasa nak tau lagi pasal takaful? Hubungi Onira sekarang!

Atas sebab struggle kewangan yang bertahun-tahun yang Onira rasa sebelum ni, Onira rasa tiadalah orang yang lebih layak selain Onira untuk kongsi betapa peritnya hidup ni jika tiada perlindungan takaful disediakan pada kewangan sedia ada. 

Telah bantu banyak client yang sedar pentingnya
perlindungan takaful!

ejen hibah takaful
ejen hibah takaful
ejen hibah takaful
ejen hibah takaful
ejen hibah takaful
ejen hibah takaful
ejen hibah takaful
ejen hibah takaful

Hubungi kami

Lokasi

No 47,Jalan Pulai Mutiara 10/12,Taman Pulai Mutiara 2, 81300, Johor Bahru

Nombor Whatsapp

+6 012-9072189

Email

onirasarif@gmail.com

takaful singapore

Siapa Prudential BSN Takaful?

Dapatkan perlindungan oleh Prudential BSN Takaful, syarikat takaful terbaik di Malaysia!

Selama enam tahun berturut-turut sejak 2011, PruBSN menjadi Pengendali Takaful Keuarga Nombor 1

Pada tahun 2015, ia memenangi pelbagai anugerah termasuk ‘Institusi Takaful Terbaik’ oleh The Asset.