hibah

Fahami pasal maksud Hibah

Maksud hibah : suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan

Jom faham!

Konsep hibah dalam Islam

.

Maksud hibah

Satu pemberian 'hadiah' atau harta oleh kita sewaktu hidup kepada orang lain yang juga masih hidup.

Maksud hibah takaful

Pemberian atau pampasan yang diberikan kepada orang lain dalam bentuk TUNAI (duit). Diperkenalkan dalam AKta Agama Islam dan bermula tahun 2013.

Kelebihan hibah

Pemberian secara langsung, 100 % kepada penama
TANPA perlu dibahagikan secara Faraid seperti pembahagian harta pusaka yang ada kala makan masa yang lama.

Maksud Wasiat

Pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. Pemberian atau sumbangan oleh seseorang kepada orang atau pihak lain (bukan waris) setelah dia meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan atau tidak.

Maksud Wasi

Wasi adalah orang yang dilantik di dalam Wasiat untuk menguruskan harta pusaka serta melaksanakan hasrat dan arahan pewasiat (sewaktu hidup)

Maksud Faraid

Pembahagian harta atau pusaka mengikut perundangan Islam kepada waris yang sah dan layak.

Contoh : Faraid isteri hanya layak 1/8 daripada harta peninggalan suami (tak termasuk tuntutan harta sepencarian)

Fahami lagi maksud hibah

Syarat atau rukun hibah adalah seperti berikut

Pemberi hibah (al-Wahib)

Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rushd.Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan

Penerima hibah (al-Mawhub lahu)

Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaanmemiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya.

Barang dihibahkan
(al-Mawhub)

Barang yang dihibahkan itu mesilah barang yang halal, ada nilai di sisi syarak, dimiliki oleh pemberi (mutlak), secara fizikalnya sudah wujud

Sighah iaitu ijab dan kabul

Ini merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hiba tanpa diletakkan sebarang syarat atau tidak bertempoh.

blender, emptiness, face-7539656.jpg

Umumnya ada 3 jenis hibah

Jom dalami maksud hibah lagi

#1
Mutlak

Harta menjadi milik si penerima sepenuhnya berkuat kuasa serta merta.

#2
Bersyarat

Al Umra : Sementara atau apabila penerima meninggal mesti pulangkan semula kepada pemberi/waris pemberi

 

Al Qubra : Hibah dimiliki oleh mana-mana pihak yang masih hidup jika salah seorang pemberi/penerima meninggal dunia.

#3
Amanah

Menggunakan khidmat pemegang amanah yang dilantik sebagai pemegang kuasa 

coins, currency, investment-1523383.jpg

Maksud Hibah Takaful

Hibah takaful bermaksud apabila pemilik polisi takaful meninggal dunia,  duit pampasan akan diproses oleh syarikat takaful untuk diberikan kepada penama yang telah dilantik oleh pemilik polisi tersebut secara hibah iaitu secara terus.

Fungsi Hibah dalam kehidupan

Lepas faham maksud hibah, dibawah tersenarai antara fungsi-fungsi hibah yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan kita

Pengganti gaji (Income replacement)

Andai berlaku sesuatu kepada kita sama ada kematian atau kemalangan menyebabkan kehilangan keupayaan untuk bekerja dan mencari nafkah lagi. Ramai yang masih tak faham maksud hibah dan fungsinya.Di sinilah peranan pengganti gaji datang untuk bantu kita (jika kita lumpuh) atau keluarga kita (jika kita meninggal) meneruskan kehidupan untuk tempoh yang lama.
Contoh senario adalah seorang bapa meninggalkan seorang anak yang masih bayi atau budak kecil, pampasan hibah yang besar boleh lindungi anak tersebut untuk tempoh 20 tahun ,hingga anak itu besar dan mampu mencari gaji sendiri.

Bantu tutup hutang yang tertunggak

Dalam kehidupan zaman sekarang, kita memang tak boleh lari daripada berhutang. Hampir setiap benda di keliling kita terikat dengan hutang, Antaranya, hutang rumah yang dibeli, kereta yang dibeli,kredit kad dan pinjaman peribadi (personal loan). Hutang-hutang ini bukan lah dalam angka yang kecil dan memang akan diikat untuk tempoh yang bertahun-tahun.
Sewaktu PKP ramai memilih untuk buat moratorium (tangguh bayaran) yang pada luarnya nampak indah tapi sebenarnya membuat kan penghutang akan berhutang lebih lama dengan interest (bunga) yang lebih banyak.
Pasti sukar untuk keluarga tampung hutang-hutang yang ditinggalkan oleh kita dan di sinilah hibah sangat membantu. Semoga lepas ni lebih faham fungsi dan maksud hibah.

Wariskan kepada sesiapa yang kita nak

Hibah tidak menafikan faraid tapi hibah sangat membantu golongan yang menerima sikit daripada bahagian Faraid, khususnya isteri,anak perempuan.
Malah jika ada anak angkat, hibah ni sangatlah berguna untuk mewariskan duit pampasan kepada anak angkat tersebut kerana anak angkat tiada dalam Faraid!
Selain itu,hibah juga sebagai pelengkap kepada harta yang nak diwariskan. Contoh, jika satu keluarga itu ada ahli yang ramai, pasti pecahan harta pusaka juga besar menyebabkan bahagian masing-masing menjadi kecil.Hibah ini boleh dijadikan sebagai 'top-up' supaya ahli keluarga dapat lebih pampasan untuk teruskan hidup, lagi-lagi dalam keadaan ekonomi yang makin membebankan.

Dana pendidikan anak-anak

Menjadi tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk menyediakan pendidikan yang terbaik buat mereka. Kita tentunya mahukan mereka mendapat pembelajaran yang selesa di sekolah atau peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di universiti ternama. Namun begitu, kos pendidikan sentiasa meningkat dan membebankan para ibu bapa menyediakan perbelanjaan yang cukup untuk menanggung kos pendidikan anak-anak,lagi-lagi bila anak nak sambung belajar ke pengajian tinggi dalam atau luar negara! Dengan hibah takaful, anda mampu menyediakan dana yang cukup untuk anak-anak melanjutkan pelajaran walaupun ketika anda sudah tiada lagi di sisi mereka. Rancanglah kewangan anda sebaik-baiknya. Lebih awal anda mencarum takaful, lebih rendah caruman bulanan dan lebih terjamin masa depan anak-anak anda.

Maksud hibah (jenis)

Beza hibah harta & hibah takaful

Hibah harta

pemberian sesuatu harta sebagai hadiah semasa pemilik harta masih hidup. Untuk senang nak paham, tukar nama aset siap-siap masa hidup tu dikira sebagai hibah.

Hibah takaful

Kita ambik satu pampasan takaful dan pengagihannya adalah melalui kaedah hibah yang mana bila dah pilih pengagihan secara hibah kepada orang-orang tertentu makanya pemberian tersebut adalah mutlak dan tidak boleh dituntut oleh waris faraid lain.

Kesimpulan

Ramai yang belum betul-betul faham konsep takaful berfungsi.
Buktinya:
Rasa rugi bulan-bulan bayar tapi tak sakit-sakit. Rasa rugi ambil hibah takaful masa muda sebab rasa lama lagi nak hidup.

Begini konsep takaful.

Duit bulanan yang kita ‘bayar’ sebenarnya adalah duit sumbangan. Duit ni dimasukkan ke dalam 1 tabung yang dinamakan tabung tabarru (derma).

Bila kita sign atas ipad/borang semasa signup permohonan baru takaful,kita bersetuju untuk menjadi salah seorang ahli takaful yang menyumbang ke dalam tabung tabarru dengan syarat, jika kita sakit atau mati, semua ahli-ahli takaful haruslah menolong kita dari segi financial ketika itu (bil kos rawatan dan hibah takaful).
Dan begitu jugak sebaliknya. Jika ada ahli lain yang sakit atau mati, kita harus jugak menolong orang lain. Ini dinamakan kongsi risiko (tolong-menolong).

 

Jadi tiada istilah rugi jika kita ‘bayar’ bertahun-tahun tapi tak pernah sakit. Dengan ‘bayaran’ kita bertahun-tahun tu, dah banyak menolong orang lain dalam Malaysia ni dalam sedar atau tidak. Tolong orang untuk tolong diri sendiri.

Dan sebenarnya kita adalah orang yang paling untung. Sebab dapat nikmat ‘sihat’. Dengan sihat kita boleh bekerja, sara keluarga, pergi bercuti dan lain- lain.

Tak percaya kita adalah orang yang untung? Jom pergi hospital dan tanya semua yang sakit kronik.

Semuanya dalam keadaan tak sangka akan jatuh sakit dan faham kenapa sihat tu sangat “mahal” harganya. Semuanya rindu nak bekerja, jumpa kawan-kawan,family, pergi bercuti seperti kita yang sedang sihat.
.

Hargai polisi kita masing-masing.
Nilainya sangat besar bila kita dah sakit atau mati.

Moga kita semua tinggalkan keluarga kita dalam keadaan yang baik-baik dari segi financial dan rohani.

Prudential BSN menyediakan pakej hibah takaful yang terbaik di Malaysia.

Hubungi saya di button bawah untuk kira caruman terbaik anda!

maksud hibah