Beza Takaful dan Insurans

Jom fahami

Penting kena faham beza takaful dan insurans.

Takaful dan insurans memainkan peranan penting dalam memberikan perlindungan kewangan sekiranya perkara yang tidak diduga berlaku kepada anda, seperti mengidap penyakit kritikal, terlibat dalam kemalangan, mengalami kerugian harta benda, ataupun kematian.

Tapi ada beza takaful dan insurans yang ramai masih keliru.

Umumnya,Takaful boleh dianggap seperti insurans versi Islamik, namun terdapat perbezaan dari segi prinsip dan kaedah macam mana Takaful beroperasi. Takaful bukan hanya  untuk orang Islam sahaja, malah  terbuka kepada orang bukan Islam yang ingin dilindungi oleh Takaful.

beza takaful dan insurans

Beza takaful & insurans

Fahami maksud

Takaful

Takaful pula, ia adalah berdasarkan perkongsian risiko dan pakai konsep tabung (tabarru)

Insurans

risiko dipindahkan daripada yang diinsuranskan kepada syarikat insurans. .

Perbezaan Fungsi

Takaful

Perjanjian diantara ahli yang mencarum untuk membantu satu sama lain ketika memerlukan

Insurans

Kontrak di antara dua pihak (syarikat & pembeli) untuk mendapatkan perlindungan

Perbezaan Undang-undang

Takaful

Mengikut garis panduan Islam dalam usaha menyumbang kepada pelaksanaan ekonomi yang halal dan patuh syariah.

Insurans

Tidak patuh syariah Islam dan ada unsur yang bertentangan dengan ajaran islam seperti riba, maisir, gharar dan sebagainya

Perbezaan Cas (kos)

Takaful

Caj Wakalah bergantung pada produk

Insurans

Yuran komisen 2%

Perbezaan Risiko

Takaful

Menggunakan konsep perkongsian risiko. Segala risiko ditanggung bersama oleh semua pihak di bawah perlindungan Takaful terbabit

Insurans

Risiko ditanggung oleh syarikat insurans sebaik sahaja bayaran dibuat oleh pemegang insurans

3 perkara yang dikhuatiri

Beza takaful dan insurans yang ketara adalah takaful menyediakan perlindungan berdasarkan prinsip-prinsip Syariah (undang-undang Islam.) Prinsip syariah menekankan untuk bekerjasama dan melindungi satu sama lain..

Takaful ini diwujudkan sebagai pilihan kepada umat Islam.

 

 Ini kerana, insurans konvensional dikhuatiri haram kerana mengandungi unsur-unsur yang diharamkan dalam Islam seperti riba, gharar dan maisir.

 

Gharar (Ketidakpastian)

Unsur ketidakpastian dalam kontrak – kontrak takaful harus bebas dari sebarang keraguan, kontrak yang dibuat perlu jelas.

Riba (Faedah)

Riba adalah dilarang dalam Islam. Dalam insurans konvensional, pencarum membayar premium insurans yang digunakan oleh syarikat insurans untuk membayar tuntutan dan memperoleh keuntungan.

Walaupun tidak ada tuntutan, syarikat insurans tetap mendapat keuntungan.

Maisir (Perjudian)

Peserta insurans bertaruh bahawa mereka akan mengalami kemalangan atau harta mereka akan musnah, manakala syarikat insurans bertaruh bahawa perkara-perkara itu tidak akan berlaku.

beza takaful dan insurans

Pengendali Takaful

'Wakala'

Dalam Takaful, ada pengendali Takaful atau Wakala

Setiap kali para peserta membayar sumbangan atau caruman bagi pelan Takaful mereka, sebahagian daripada jumlah sumbangan tersebut akan disalurkan ke Dana Tabarru`. Dana ini akan digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang membuat tuntutan yang perlu dibayar. Sebahagian lagi sumbangan mereka akan ditolak sebagai bayaran Caj Wakalah kepada pengendali Takaful kerana melaksanakan tugas sebagai “Wakil” dalam menguruskan perkhidmatan yang tersedia di bawah pelan.

nak kerja singapore

Kesimpulan?

Kesimpulannya, kedua- dua polisi perlindungan mempunyai baik buruknya yang tersendiri. Semoga anda tidak lagi tertanya- tanya dan ragu- ragu lagi untuk membuat pilihan yang sesuai dengan diri anda. Bukan muslim juga boleh mendapatkan takaful dan ianya bukan sahaja terhad kepada orang islam.  

Perbandingan yang tiada noktah.

Lumrah manusia inginkan yang terbaik dari tiap sesuatu.

Ianya sangat berlainan dengan Insurans/Takaful.

Pilihan itu masih ada, tapi masa adalah satu benda yang bergerak. Setiap masa yang berlalu ,keberangkalian berlaku benda kurang baik ada, banyak dan serius.

best.

Cara menjimatkan masa untuk membuat pilihan yang terbaik adalah berurusan dengan orang yang terbaik dengan kepakaran mereka. Onira mungkin bukan yang terbaik pada pandangan anda untuk berurusan. Anda mungkin selesa dengan ejen dari kalangan rakan/sedara mara,ejen yang sama jantina, ejen yang berumur; misalan.

InsyaAllah,memberi yang terbaik adalah azam Onira.

Melengah-lengahkan masa, membuat perbandingan yang tidak kesudahan dan akhirnya memakan diri kelak.

Pengalaman Onira, yang berlengah-lengah ini biasanya akan berakhir dengan ‘Sibuk, tak sempat nak decide. Minggu depan boleh?’ Sehinggalah berlaku sesuatu yang tidak diingini,baru tersedar kembali.Minta dijauhkan sebegini.

Kita hanya merancang.Allah knows best.

Sudah lebih faham dan sedia untuk memohon?

beza takaful dan insurans

Ada sebarang soalan?
Hubungi Onira sekarang !