Siapa Onira Sarif?

Takaful advisor dengan 10 tahun pengalaman dalam bidang perkhidmatan!

Sepanjang 10 tahun ni, Onira telah berjumpa banyak market leaders & belajar banyak cara serta teknik untuk bina ‘personal touch’ dengan clients & bakal clients supaya dapat bina kepercayaan pada servis Onira yang Ikhlas dan telus bermula sebagai takaful advisor

Berbekalkan pengalaman yang banyak, Onira telah capai kejayaan untuk berada dalam group champion agency Prudential BSN selama 3 bulan berturut-turut tahun ni.Onira telah ambil langkah untuk bertemu bakal client yang hubungi Onira secara offline mahupun online. Malah,Onira pernah terpilih untuk join exclusive event khas iaitu Final Sprinter 2023 di Penang , yang mana meraikan juara-juara tempatan (ejen Syarikat Prudential sahaja). Bangga betul  dan tak sangka boleh mula career sebagai ejen hibah takaful, walaupun dulu sendiri skeptikal dengan industri kewangan dan takaful ini. Sangat syukur alhamdulillah!

takaful advisor

Pengiktirafan tahun 2023 sebagai Takaful Advisor!

takaful advisor

Top 5 Wealth Planner July 2023

No 5 dalam team takaful advisor pada July 2023

takaful advisor

Top 5 Wealth Planner Aug 2023

No 2 dalam team takaful advisor pada Aug 2023

takaful advisor

Top 10 Group MG Aug 2023

No 5 keseluruhan dalam group Muqmeen Group sebagai Takaful Advisor bulan Aug 2023

Asalnya Onira ni macam mana orangnya?

Dahulu, Onira adalah seorang yang introvert,pemalu dan tidak ambil tau pasal kepentingan urus kewangan dengan betul.Tidak pernah terfikir boleh jadi takaful advisor tau!

 

Onira dibesarkan oleh dua orang kakitangan kerajaan ( Arwah papa adalah bekas guru, mama pulak adalah bekas jururwat hospital kerajaan). Onira sendiri tak didedahkan dengan cara urus duit dengan betul dan sebab kan itu alami kegagalan dalam hidup. Daripada seorang bekas pelajar di MRSM Jasin terkenal dan menjadi seorang anak tempatan graduan Jepun terawal bina kerjaya di Singapore, hinggalah menjadi seorang yang terbeban banyak hutang bertahun-tahun, sehingga terpaksa meminta pertolongan AKPK untuk stabilkan kembali urusan kewangan di dalam rumah.

Semua ini terjadi bila Onira mengalami slip disc di belakang dan leher sewaktu giat bekerja sebagai servis engineer di Singapore dulu. Kerja yang perlukan ketahanan fizikal dan mental  yang Panjang buatkan badan Onira stress dan tak boleh terima lagi. Selama 2 kali, Onira ulang, 2 kali Onira terpaksa admit di hospital untuk betulkan balik tulang belakang dan leher. Terima kasih kepada takaful PrudentialBSN  yang melindungi Onira semasa tu.Namun, Onira tidak lagi boleh teruskan kerjaya tu lagi dan memilih buat customer servis di pelbagai syarikat di Singapore & Malaysia

Service Engineer di Singapore

takaful advisor

Berkahwin tahun 2017 dan dikurniakan sepasang anak

takaful advisor

Akibatnya?

Sejak daripada insiden itu, Onira rasa betapa pentingnya perlindungan takaful/insurance ni andai kata apa-apa berlaku kepada diri kita. Hal ni menjadi lebih ketara lepas Onira berkahwin dan dikurniakan sepasang putera puteri. Semestinya struktur urus kewangan jadi lebih mencabar lepas kahwin, lagi-lagi bila kos kehidupan yang tinggi dan tiada peluang buat simpanan masa depan sebab duit asyik habis je!

Banyak gagal sebelum jadi takaful advisor

Sewaktu kehidupan sangat struggle dahulu, Onira telah cuba berniaga macam-macam. Daripada seorang founder frozen food hinggalah menjadi ejen produk orang lain. Tidak mudah! Lagi-lagi bila datangnya Covid19 tahun 2019 yang membuatkan peluang cari rezeki tersepit sebab banyak aktiviti terpaksa dihentikan dan stok-stok lama tersimpan jadi rosak.

.

takaful advisor

Hinggalah pada tahun 2022, Onira ambil keputusan untuk menghubungi seorang sahabat lama yang sama-sama graduan di Jepun dulu iaitu Norman (Unit Manager 2 di Muqmeen Group Alor Star sekarang). Lucunya, dulu Onira lah antara orang yang ketawakan Norman bila dia pilih berhenti kerja dan menjadi takaful advisor sepenuh masa sebab rasa dia telah sia-siakan apa dia belajar di Jepun dulu. 

 

Namun, Onira silap di situ sebab zaman sekarang ni susah nak bina career dengan hanya bergantung pada latar belakang yang ada. Kita kena berani explore dan mencuba. Sekarang, Norman dah berjaya bina kewangan yang sihat bermula dari seorang Takaful Advisor.

Tapi Onira yang dulu megah sebab berjaya bina kerjaya di Singapore ni, baru je nak mengambil langkah yang sama seperti Norman. Sekarang Onira telah bina career sebagai ejen takaful dan bina legasi bersama Prudential BSN yang pernah menyelamatkan hidup Onira dahulu.

takaful advisor

Diiktiraf top agent tahun 2023 oleh Agency Manager MGAS

takaful advisor

"Turning point in life"!

Bila kita rasa selesa, masa tu lah kita kena tengok balik kewangan kita supaya tidak terlepas pandang. Banyak issue pasal harta pusaka dan tidak sepakat waktu pembahagian harta menyebabkan isteri anak-anak kita akan menunggu lama,mungkin makan tahun. Secara umumnya hibah takaful adalah cara yang memudahkan proses pembahagian harta apabila sesuatu berlaku kepada diri kita kerana ia dilakukan ketika masih hidup. 

Atas sebab struggle kewangan yang bertahun-tahun yang Onira rasa sebelum ni, Onira rasa tiadalah orang yang lebih layak selain Onira untuk kongsi betapa peritnya hidup ni jika protection disediakan pada kewangan sedia ada. 

Mula menjadi Financial Practitioner

Dalam usaha nak beri kesedaran kepentingan protection kepada rakan-rakan yang kerja Singapore, Onira mula sedari yang ramai jugak yang tidak pandai uruskan duit gaji kerja Singapore,menyebabkan ramai terpaksa kerja Singapore terlalu lama akibat komitmen dan hutang yang banyak.

Bila difikirkan semula, memang sendiri dulu pun pernah alami krisi kewangan semasa dan selepas kerja Singapore sebelum ni, menyebabkan rasa perlu Onira beri kesedaran tentang cara pengurusan gaji yang betul dan nak bantu rakan-rakan yang kerja SIngapore lebih jelas dengan matlamat nak kerja di sana.

Selain protection, restructure ,saving & invest jugak sangat penting. Tanpa ilmu dan bimbingan yang betul, kemungkinan ramai tersasar dan terus berjauhan dengan keluarga di Malaysia akibat kerja sampai ke hari tua.

Kepakaran Onira Sarif adalah membantu mereka yang kerja di Singapore (sama ada ulang alik atau tinggal sana) untuk kuasai gaji SGD dengan asingkan gaji di tempat yang betul, waktu yang tepat supaya tidak perlu kerja di sana sampai ke hari tua. Dapat pulang ke Malaysia dan bebas daripada masalah kewangan untuk kekal bahagia dengan orang yang tersayang.

Onira telah bantu banyak client yang sedar pentingnya dapatkan protection & 'restructure' gaji di tempat yang betul & waktu yang tepat!

Antara gambar Onira Sarif berkhidmat untuk rakyat Malaysia:

takaful advisor
takaful advisor
takaful advisor
takaful advisor
takaful advisor
takaful advisor
takaful advisor
takaful advisor

Apa kata mereka? Review yang baik so far...

takaful advisor
takaful advisor
takaful advisor
takaful advisor
takaful advisor
takaful advisor
takaful advisor
takaful advisor
Takaful Advisor

Hubungi kami

Lokasi

No 47,Jalan Pulai Mutiara 10/12,Taman Pulai Mutiara 2, 81300, Johor Bahru

Nombor Whatsapp

+6 012-9072189

Email

onirasarif@gmail.com