5 persediaan WAJIB jika kerja Singapore duduk Johor

Jika anda baru nak bermula kerja Singapore atau sedang kerja di Singapore tapi tinggal di Johor Bahru,anda wajib ketahui 5 perkara penting ini. Jika tidak, anda tidak lengkap sebenarnya bila bekerja di Singapore.

Disclaimer : Saya bukanlah ejen recruitment tapi hanyalah kongsi pengalaman dengan anda dalam article ini.

Kerja Singapore duduk Johor
kerja singapore duduk johor
Kerja Singapore duduk Johor

#Persediaan 1

Access

Rakyat Malaysia kerja Singapore duduk Johor perlu perbaharui pasport sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh luput.

MyONLINE* PASPORT  adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet.

Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

Selain tu, anda perlukan kad ezlink untuk keluar masuk di immigresen Singapore, jadi pastikan ada baki sekurang-kurangnya $5 bila nak rentas sempadan. Boleh topup ezlink kad di pejabat immigresen juga.

 

Sentiasa bawa passport bila masuk Singapore! Ini SANGAT penting sebab anda tak akan dibenarkan masuk sempadan dan ditahan immigresen jika passport anda tertinggal. Anda terpaksa patah balik ke rumah atau ambil cuti sahaja lah jika terpaksa.

DInasihatkan beli satu beg porch khas seperti di dalamgambar sebelah untuk menyimpan dokumen-dokumen peribadi penting selain dokumen kerja.

 

#Persediaan 2

Transport

Ada beberapa pilihan kenderaan untuk keluar masuk kerja Singapore duduk Johor

Anda kalau kerja Singapore duduk Johor kena bersedia bangun awal sebelum subuh dan pulang ke rumah waktu malam atau mungkin lewat malam, ikut keadaan jem ketika itu.

Jika memilih untuk naiki motosikal, ini pilihan paling cepat tapi memenatkan.

Selain itu, boleh naiki ‘shuttle’ bas Causeway daripada banggunan CIQ JB. Klik sini untuk tengok jadual bas.

Pilihan lain adalah menaiki carpool,biasanya van tambang naik beramai-ramai. Ini paling selesa tapi risiko balik rumah lewat malam setiap hari.Boleh lihat group carpool di Facebook dan hubungi driver melalui posting dalam group tersebut . Klik sini.

Anda juga boleh travel ulang alik ke Singapore (Woodlands sahaja!) dengan kereta api (KTM). Tiket boleh dibeli secara online, klik sini untuk booking KTM. Cara ini paling cepat tapi cepat juga tiket habis, Jadi kena booking tiket sebulan awal sekiranya anda kerja Singapore duduk Johor!

kerja singapore duduk johor
Kerja Singapore duduk johor
Kerja singapore duduk johor
Kerja singapore duduk johor
Kerja Singapore duduk Johor
Kerja Singapore duduk johor

#Persediaan 3

Food

Di Singapore banyak hawker center, hampir di setiap MRT station ada kedai makan. Biasanya di setiap hawker centre ada satu,dua kedai HALAL dan biasanya jual nasi padang atau kedai mamak muslim.

Banyak daripada mereka yang kerja Singapore duduk Johor memilih untuk membawa bekal dari rumah atau beli siap-siap setiap pagi sebelum masuk Singapore.

Ini sebab mereka rasa lebih jimat berbanding beli makanan di Singapore. Harga makanan kat sana sebenarnya murah kalau tak convert kepada RM. Nasi belauk sana boleh beli dalam $10. Pasti dapat berjimat kalau kerja Singapore duduk Johor kan?

#Persediaan 4

Language

Ini adalah kerisauan utama kepada mereka yang ingin kerja Singapore duduk Johor.

Jangan risau, ramai je pekerja Malaysia di sana tak pandai cakap English pun. Diorang boleh cakap ‘yes, no, understand,sorry & noted.Cukup kalau tahu basic English.

Tapi bukan semua job pentingkan pengunaan bahasa Inggeris. Malah, orang Singapore sendiri English seperti ‘rojak’

Untuk fikir sudut positif, anggaplah ini peluang untuk improve English sendiri bila kerja di sana.

Kerja Singapore duduk Johor
Kerja Singapore duduk Johor
Kerja Singapore duduk johor
Kerja Singapore duduk johor

#Persediaan 5

Protection

Meskipun rakyat Malaysia yang kerja Singapore duduk Johor menikmati gaji yang besar disebabkan currency SGD yang tinggi.

Namun,kebanyakan majikan tidak menyediakan perlindungan kepada pekerja sepenuhnya, lebih-lebih lagi mereka yang mengambil risiko sendiri ulang alik setiap hari.

Ada majikan yang sediakan insurans untuk melindungi pekerja sewaktu bekerja tapi tidak menyediakan pampasan kewangan kepada pekerja dan keluarga pekerja jika berlaku tidak diingini dalam perjalanan pergi dan pulang bekerja di Singapore

Risiko kemalangan sangat tinggi bila memilih untuk ulang alik dari tambak Johor.Oleh itu sangat digalakan sediakan takaful/insurans sebagai ‘income protection’ sebagai persediaan wang pampasan kepada keluarga di Johor jika berlaku kemalangan.

Klik sini untuk faham pasal income protection (hibah) ini

#Persediaan 6 (BONUS)

Solat (untuk muslim)

Antara kerisauan pekerja yang beragama Islam adalah solat. Ramai yang fikir di negara bukan Islam seperti Singapore susah untuk solat.

Sebenarnya, ada seramai lebih 400,000 rakyat melayu beragama Islam di sana dan ada lebih daripada 70 masjid (sangat bersih dan cantik!) di seluruh Singapore.

Cabarannya adalah bila majikan bukan beragama Islam dan tidak memahami kepentingan solat kepada pekerja muslim.Jadi tidak semua tempat sediakan surau atau tempat solat, jadi kena ikhtiar mencari ruang solat sendiri jika tidak dapat pergi ke masjid.

Ramai yang memilih untuk solat di R&R sesudah keluar dari immigresen.

kerja singapore duduk johor
Kerja Singapore duduk Johor
kerja Singapore duduk Johor
Anda sedang kerja Singapore?Sudah fikir berapa lama lagi kena kerja Singapore?

Biar Onira bantu anda dengan advise cara urus duit gaji Singapore dengan betul dalam masa ekonomi tengah mencabar ini. Dan juga offer diskaun jika ambil protection takaful dengan Onira Sarif sekarang!