Kelemahan hibah takaful

Polisi hibah takaful patut jadi satu perancangan kewangan kecemasan yang akan memberikan ketenangan fikiran kepada pemegang polisi seandainya berlaku musibah yang tidak diingini. tapi, jika pampasan yang diterima jika tidak diuruskan dengan baik boleh menonjolkan kelemahan hibah takaful jugak. Jika dapat diurus dengan baik, inshaAllah kelemahan ini boleh dilindung.

kelemahan hibah takaful

Kelemahan hibah takaful #1

Penerima tak pandai urus duit pampasan

Apabila menerima satu jumlah wang yang besar secara tiba-tiba dan pertama kali dalam hidup boleh buatkan diri seseorang itu terperanjat dan sukar buat keputusan yang sepatutnya.

Bayangkan tiba-tiba di dalam akaunnya ada RM500 000  atau RM1juta daripada duit pampasan.

 

Ya, walaupun dia sedar itu adalah duit yang sepatutnya digunakan untuk kelangsungan hidup dia dan anak-anak, namun tawaran dan pujukan orang atau godaan sekeliling boleh menyebabkan dia hilang fokus daripada tujuan asal duit tersebut.

 

Sudah ada kes-kes penerima pampasan menghabiskan duit itu dalam tempoh yang singkat dan ini menjadi kelemahan hibah takaful yang pertama! Antara contohnya :

  • berbelanja untuk perkara tidak sepatutnya
  • dipujuk untuk dipinjamkan duit kepada keluarga atau kawan
  • dilaburkan ke tempat yang dia kurang berpengetahuan 
Jadi, rancang dengan elok sebelum duit itu diterima. Boleh minta nasihat pakar urusan kewangan (yang berlesen) atau pihak bank supaya duit pampasan tersebut dapat diuruskan dengan baik.
shakedown, robbery, theft-1340048.jpg

Kelemahan hibah takaful #2

Penerima pilih tak langsaikan hutang

Sesiapa yang dipilih sebagai penama  akan terima 100% dan menjadi pemilik mutlak

Walaupun idea untuk digunakan sebagai penutup hutang-hutang tertunggak si pemilik polisi sekiranya berlaku kematian secara tiba-tiba, namun tidak wajib untuk si penama untuk berbuat demikian jika penama adalah penerima mutlak jumlah wang pampasan tersebut.

 

 

Berbalik kepada tujuan asal  adalah sebagai duit kecemasan untuk kelangsungan hidup pasangan dan anak-anak nanti, jadi berlaku kes yang pasangan memilih untuk tidak selesaikan hutang-hutan yang tertunggak.

Ini secara tak langsung menunjukkan kelemahan hibah takaful jugak.

 

 

Jadi, Onira nasihatkan agar apabila memohon  sewaktu hidup, mohonlah pampasan yang banyak dan lebih daripada jumlah hutang yang yang sedia ada, agar dapat diasingkan sikit untuk tutup hutang-hutang yang mungkin tertunggak.

coins, calculator, budget-1015125.jpg

Kelemahan hibah takaful #3

Pemilik dan penerima hibah meninggal serentak

Ajal di tangan Tuhan, kita hanya merancang tapi Allah lah sebaik-baik perancang.

Pernah berlaku kes kemalangan di mana pasangan suami isteri meninggal dunia serentak.

Sewaktu hidup, si suami telah meletakkan nama isteri sebagai pemilik mutlak 100% dan tidak meletakkan nama orang lain.

Apabila ini berlaku, duit pampasan tersebut terpaksa dibekukan dan dibahagikan ikut Faraid.

Waris-waris lain yang tak berapa perlukan duit itu pula yang akan dapat bahagian faraid daripada hibah tu nanti. Kesian anak-anak.

Biasanya bila dah dapat duit, tak adanya nak bagi balik duit tu untuk yang lebih memerlukan, jadi ada risiko di situ.

Sebaiknya letaklah lebih satu nama sebagai penerima pampasan nanti. Dalam Prudential BSN, boleh letak maximum 10 nama. Rancanglah dengan baik.

hands, holding hands, people-1885310.jpg

Kelemahan takaful hibah #4

Penerima hibah takaful bawah umur 18 tahun

Penerima hibah di bawah usia 18 tahun tidak boleh mengeluarkan duit pampasan dan memerlukan pemegang amanah harta sementara menunggu usia 18 tahun.

Penerima atau penama masih bawah umur minimum 18 tahun dikira sebagai belum layak untuk uruskan duit pampasan yang banyak.

Amanah raya akan bekukan duit pampasan tersebut hingga budak tersebut capai umur minimum 18 tahun, walaupun ada ibu/penjaga yang sihat akal dan fizikal.

Ini kerana pemilik hibah takaful tidak meletakkan nama ibu atau penjaga tersebut menyebabkan duit pampasan tersebut terpaksa dibekukan.

Jadi, sementara menunggu budak tu meningkat umur, penjaga terpaksa menjaga budak tersebut dengan duit pendapatan/simpanan sendiri dahulu.

Fikirlah secara jauh dan mendalam sewaktu meletakkan penama dalam polisi masing-masing.

kid, girl, dress-6312635.jpg

Sudah lebih faham dan sedia untuk memohon?

'… kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. ..'

Firman Allah S.W.T berkaitan hibah takaful

(Surah al-Nisa‟,4: 4)
ai generated, islam, muslim-8252931.jpg