Macam mana nak tukar kerja Singapore yang lebih baik dengan cepat TANPA ganggu waktu kerja sekarang?

Topik ini khas untuk anda yang sudah kerja Singapore dan ingin tukar kerja yang baru.

Disclaimer : Saya bukanlah ejen recruitment tapi hanyalah kongsi pengalaman dengan anda dalam article ini.

kerja singapore tahun 2024

Adakah anda tengah alami situasi seperti berikut?

Stress dengan majikan sekarang

Majikan dan team anda beri tekanan pada anda hingga anda hilang mood nak kerja situ lagi

Rasa peluang naik gaji atau bonus menurun

Anda rasa dah lama kerja situ tapi gaji susah nak naik dan bonus pun tak banyak dapat

Rasa susah nak 'grow' dan stuck dengan scope kerja sekarang

Anda bosan buat kerja yang sama dan nampak tidak akan naik pangkat dalam masa terdekat

Tak boleh commit dengan waktu/lokasi kerja sekarang

Anda rasa tempat kerja sekarang terlau jauh dan anda susah nak commit waktu kerja(selalu datang lambat, balik terlalu lambat sampai rumah)

Jika ya, jangan risau. Anda berada di tempat yang betul dan sila teruskan baca ya!

Anda tak kesorangan..

Pada mulanya kita bersyukur dapat kerja Singapore, namun lama kelamaan kita mula rasa tak best dan stress kerana sebab-sebab di atas.

Lagi-lagi bila diri ni rasa tak boleh buat apa-apa sebab kerja yang ada sekarang sahaja boleh tampung kehidupan keluarga di Malaysia.

Itulah sebabnya saya selalu tekankan di video-video saya dan jugak sewaktu live supaya kita mesti rancang dengan betul kewangan kita (fiancial planning) supaya kita tidak stuck di tempat kerja kita sekarang terlalu lama.Jika anda memang tinggal di Singapore takpe juga, tapi bila anda ulang-alik bertahun-tahun, anda terfikir tak sampai bila nak macam ni?

Keadaan ekonomi yang tak bagus sekarang ni pun menyebabkan kita terpaksa teruskan je pekerjaan sekarang.Setuju tak?

Saya juga pernah seperti anda...!

Sepanjang saya kerja 7 tahun di Singapore, saya juga mengalami fasa-fasa yang tak best kerja di syarikat-syarikat sana dan mengambil keputusan untuk tukar-tukar kerja.

Antara sebab utama saya nak bertukar pekerjaan adalah kerana saya ingin naik gaji cepat. Bila kita nak tukar kerja, kita akan demand gaji lebih. Bila syarikat nampak kekuatan dan kelebihan kita (melalui resume!) mereka akan lebih yakin nak offer kita gaji yang banyak.

Namun, pertukaran tu bukanlah mudah. Saya telah buat berpuluh-puluh permohonan hingga dipanggil lebih sepuluh kali interview. Lepas tu barulah saya berjaya tukar pekerjaan sebanyak 4 kali di sana.

Mestilah dengan pengalaman dan setelah lalui proses tersebut, saya telah berjaya bina skill dan faham ‘flow’ nak tukar pekerjaan. Dan di sini, saya nak kongsi tips bagus supaya anda tak terlalu susah nak tukar pekerjaan.

kerja singapore tahun 2024

KENAPA RAMAI SUSAH NAK TUKAR KERJA SINGAPORE?

#SEBAB 1 :
DEMAND gaji yang tak layak

Ramai yang rasa setahun sudah cukup untuk demand gaji lebih. Tak salah fikiran tu, tapi salah jika nak demand gaji yang sama taraf dengan mereka yang jauh berpengalaman daripada anda.Walaupun anda ada sijil pelajaran tinggi, ada had yang anda kena ketahui.

#SEBAB 2 :
DEMAND gaji besar di syarikat kecil

Bila anda memilih bekerja di syarikat yang kecil (kurang dari 100 staff) , anda kena faham yang susah anda nak demand gaji yang banyak seperti mana syarikat besar seperti Shell,Micron,Keppel dan lain-lain setaraf dengannya.

#SEBAB 3 :
Terlalu mengharap kerja di syarikat yang tengah 'freeze' employment

Banyak syarikat memilih untuk tutup peluang pekerjaan atas faktor ekonomi.

Jadi anda kena buat sedikit ‘research’ atau ‘homework’ sebelum nak memilih kerja di sana. Memang anda nampak iklan peluang kerja di mana-mana website, tapi anda akan menunggu lama sebab syarikat tu hanya nak simpan biodata anda sahaja!

#SEBAB 4 :
Gagal tulis resume/CV yang baik

Ini antara faktor utama. Resume tidak lengkap dan penggunaan perkataan english yang berterabur hingga sukar pihak syarikat nak tapis anda untuk dipanggil interview.

Jika anda tengah buat perkara di atas, cepat-cepatlah ubah ya!
Okay, sila sambung baca di bawah

Tak dinafikan, susah kita nak apply kerja lain bila dalam masa yang sama kita tengah sibuk dengan kerja sekarang , lagi-lagi selalu penat ulang alik menghadap jem di tambak Johor.

5 tips MUDAH untuk anda tukar kerja Singapore sewaktu sibuk.

Betulkan CV atau resume anda

Ini adalah faktor utama kenapa syarikat tu sukar nak terima anda. Cadangan yang baik adalah anda mintak pertolongan ejen yang bantu anda cari kerja tu. Kelemahan banyak resume adalah penggunaan perkataan English yang tidak betul hingga kurang difahami.

Selalu hubungi ejen anda

Kalau sudah ada kenal ejen kerja, selalu hubungi dia.Atau jika dia susah nak dihubungi, cari ejen lain dari syarikat yang sama sebab mereka sudah ada rekod anda. Selain tu, setiap kali ada posting iklan di mana-mana recruitment website , akan tertera nama ejen. Hubungi ejen tersebut! Jangan tunggu dia cari anda.

Filter kerja yang anda nak

Lebih mudah jika anda hanya fokus mencari kerja yang berkaitan dengan scope dan background kerja anda sekarang. Ini lebih mudah dan anda boleh demand gaji lebih sebab pengalaman anda.

Try contact syarikat tersebut!

Anda sebenarnya dapat peluang lebih baik jika anda ada keberanian hubungi syarikat tersebut. Bukan semua syarikat akan layan anda, tapi jika anda dapat hubungi syarikat-syarikat kecil, kemungkinan besar majikan tu akan jawab dan layan anda.

Try apply PR

Peluang pekerjaan sebenarnya lebih banyak jika anda berstatus PR.
Dengan adanya status PR, majikan tidak risau berapa lama staff perlu kerja dan tidak pening ikut syarat MOM untuk bagi gaji staff.

Sudah jelas ke? Jadi anda boleh cuba semula cari kerja Singapore yang lain di website-website gempak yang saya dah kongsi sebelum ni. Klik di bawah.

Nanti dulu, ada satu lagi perkara penting anda mesti buat jika kerja Singapore!

Kerja Singapore untuk senangkan hidup keluarga selagi hidup, tapi jangan lupa kesenangan mereka bila anda sudah tiada.

Onira Sarif
kerja singapore tahun 2024

"Onira Sarif bukan agent kerja Singapore tapi
nak bantu melindungi mereka yang
kerja Singapore...!"

5 kegagalan mereka yang kerja Singapore

Tidak bina tabung kecemasan

Lumrah manusia bila kerja gaji besar akan cenderung berbelanja besar & tambah komitmen. Jika hilang pendapatan kerja Singapore, akan dapat kesusahan yang berat.

Tidak uruskan duit dengan betul

Pada mulanya kerja untuk cover kos kehidupan, tapi bila duit gaji dah banyak akan lupa nak berjimat.

Terlalu yakin akan lama kerja Singapore

Tiada yang kekal selama-lamanya. Anda hanya kerja Singapore untuk bantu bisnes syarikat tersebut. Majikan boleh mengganti anda dengan orang lain jika ada yang lebih baik ATAU andai berlaku sesuatu pada anda.

Terlalu sayang pada syarikat

Ada syarikat sediakan perlindungan untuk pekerja. Tapi jangan terlalu harap dapat perlindungan penuh. Biasanya majikan lindungi pekerja di waktu dan di tempat kerja sahaja. Bila anda tidak lagi bekerja dengan syarikat tersebut, perlindungan tidak lagi disediakan.

Tidak ambil personal takaful

Anda sendiri pilih ambil risiko ulang alik setiap hari kerja SIngapore. Andai berlaku sesuatu seperti kemalangan hingga lumpuh atau kematian, syarikat hanya boleh simpati dan tidak sediakan pampasan kepada keluarga anda.

Jangan terlalu seronok gaji besar dan lupa ambil perlindungan untuk income kerja Singapore anda.
Klik link di bawah untuk Income Protection plan KHAS untuk anda kerja Singapore.

Peluang sediakan duit emergency
RM300k-RM1 juta untuk keluarga yang tersayang, andai berlaku sesuatu kepada anda ulang alik kerja Singapore.

Tinggal 100 slot yang tinggal hingga Disember 2024! Jangan tunggu lagi, klik sekarang

Jangan sia-siakan
duit income kerja Singapore hasil penat anda berkorban setiap bulan!

Protect income anda sekarang!

Onira Sarif
takaful advisor