apa itu takaful

Apa itu Takaful?

Ia berasaskan kerjasama untuk memberi perlindungan/manfaat dengan pencarum yang lain. Ia berdasarkan prinsip kerjasama dan tolong-menolong. 

Perkataan “Takaful berasal daripada perkataan Arab ” yang bermaksud “Jaminan Bersama”,

Soalan lazim:

Kenapa kena faham apa itu takaful?

Sangat penting untuk memahami apa yang kita bayar supaya kita dilindungi mengikut keperluan dan dapat membuat tuntutan untuk manfaat yang dilindungi apabila diperlukan.

5 Tips pilih takaful

(jangan salah pilih!)

Ramai yang fikir sudah faham apa itu takaful, tapi masih ramai juga mengeluh caruman bulanan membebankan walaupun sedar akan kepentingan adanya takaful dalam kehidupan. Namun, merisaukan makin ramai menganggap takaful ini penipu atau membazir duit dan anggap tidak mendapat apa-apa faedah.

Ini sebenarnya buktikan yang ramai belum betul-betul faham apa itu takaful. 

Di sini disediakan 5 kunci sebelum memilih takaful ( jika belum ada) atau sebagai panduan untuk semak semula jika anda sudah memiliki takaful.

man, work, think-1205084.jpg

1.Tanya balik diri sendiri

Tanya balik diri sendiri sama ada Takaful ini penting ke tak. Jangan hanya mengikut trend semasa dan mohon takaful ini semata-mata sebab ikut orang lain.

Fahami lah fungsi takaful adalah untuk melindungi diri ‘kewangan’ anda khususnya jika terjadi apa-apa yang tak diingini pada diri anda.

 

2. Had tahunan (annual coverage)

Ini adalah had kos rawatan di hospital dalam masa setahun. 

Kos perlindungan ini akan di “reset” semula ke tahun yang seterusnya.

Sekiranya kos melebihi had dalam setahun, anda akan diminta bayar kos tambahan dengan duit sendiri.

Berdasarkan sumber, rawatan kanser yang paling minimum yang anda perlu di hospital swasta adalah dalam sekitar RM20,000 dan boleh sampai RM200,000++.

Jadi pilihlah pelan yang cover minimum RM200,000 (pilihan terbaik)

 

3. Had seumur hidup (lifetime coverage)

Ini adalah had kos rawatan di hospital sepanjang hayat anda.

Sekiranya kos melebihi had yang disediakan, anda akan diminta bayar kos tambahan dengan duit sendiri.

Kadang-kadang ada ejen takaful akan berkata “Coverage RM1 juta”  atau ” unlimited” (ikut terma & syarat)

Jumlah sebegitu biasanya diberi untuk perlindungan seumur hidup.

Jadi pilihlah pelan yang cover tanpa limit (unlimited) bila pilih had hayat anda sebagai pilihan terbaik.

4. Tempoh perlindungan (coverage period)

Ini adalah tempoh berapa lama anda akan dilindungi berdasarkan terma dan syarat yang anda telah persetujui untuk polisi takaful anda. 

Takaful boleh lindungi anda untuk tempoh pilihan yang diberikan : 5 tahun?10 tahun ataupun 20 tahun.

Dengan usia langganan sehingga 70 tahun dan tempoh perlindungan sehingga 100 tahun, pilhlah takaful yang sesuai supaya anda boleh rancang betul-betul sebelum menjadi golongan pesara nanti. Jika anda jelas dengan ini, anda tak akan rasa rugi lagi ambil takaful.

5. Pilih company Takaful yang berpengalaman

Amat penting untuk memilih company takaful yang berpengalaman luas dan lama dalam industri ini untuk membantu bina polisi takaful anda.

Banyak manfaat boleh diperolehi jika anda bertindak sedemikian. Antaranya, polisi anda itu lebih terjamin dan servis yang lebih berkualiti sebab company itu mempunyai office/cawangan di serata Malaysia dan ejen yang ramai boleh gantikan ejen semasa anda, jika servis diperlukan.

Jika anda faham konsep tabarru, anda boleh faham juga yang tabung takaful dalam company takaful berkenaan lebih besar ,meyakinkan dan boleh bantu tampung kes-kes yang besar. Ini berbeza dengan company takaful yang baru dan masih kecil.

*Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) sudah bermula sejak tahun 2006 (sudah 15 tahun)

6. Pilih pelan yang mampu milik

Takaful adalah perlindungan, bukan pelaburan. Ramai yang pada mula-mula lagi kurang faham dengan polisi masing-masing dan mudah percaya dengan kata-kata orang lain tanpa buat homework/study pasal benefits yang ada dalam polisi itu. Disebabkan itu, ramai yang sanggup mencarum terlalu tinggi dan akhirnya memakan diri sendiri kerana terbeban dengan komitment takaful ini. Lama-lama pencarum akan rasa takaful ini membebankan dan memilih untuk berhenti mencarum. Malang tak berbau, macam mana bila kemalangan menimpa sewaktu anda berhenti mencarum? Daripada point 1 hingga 5 di atas, harap dapat boleh kefahaman yang  lebih baik dan membantu anda untuk memilih pelan yang terbaik untuk lindungi anda. Fahami apa yang anda bayar setiap bulan. Utamakan scope perlindungan yang penting, seperti had tahunan.

 

Prudential BSN menyediakan pakej hibah takaful yang terbaik di Malaysia.

takaful advisor